BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 6, 2010

Untuk Sahabat2 ku Seperjuangan

Teman.
Waktu kita bersama serasa singkat.
Dimana terasa kini jarak tak lagi dekat.
Beda Kota jadi sekat.

Kita akan terpisah.

Kini tiap tumpulnya syair 'ku sendiri 'ku asah.
Kembali 'ku berjuang lagi tanpamu.
Kembali 'ku harus bangkit lagi tanpa ada ajakmu.

Tiap 'ku cari celah mana syair pasti 'kan lelah.

Terasa susah kian rumit tiap bait yang 'kan 'ku belah.
Semangat untuk bertahan mungkin akan berkurang.
Semakin tumpul parang kalimat yang akan 'ku karang.

Maka abadikan saat ini dengan rangkai syair terakhir.

Dimana esok kita tak lagi bersama untuk mengukir.
Semakin terbatas detik maka jangan tersia-sia.
Saat terakhir ini kita isi dengan sebuah karya.

Jadikan sebuah kenangan agar terus teringat.

Semua yang kita lalui bersama dalam kukuh satu semangat.

Hari ini kita 'kan berpisah.

Lepas dengan hal yang terindah.
Hari ini kita 'kan berpisah.
Iringi tawa tanpa harus merasakan gundah.

Dimana perjumpaan pasti ada perpisahan.

Walau tak lagi bersama semua tak terlepas dari ingatan.
Dan senyumku 'kan selalu ada tuk tepis keresahan.
Sekejauh jalan semangatku 'kan menjauhkanmu dari kegundahan.

Ingatlah tawa dan canda juga berangkai keluh kesah.

Sedikit memori biru tanpa cumbu kembali di saat susah.
Asal 'ku tetap di sampingmu temanimu untuk melangkah.
Tuk melanjutkan kisah perjalanmu yang kau papah.

Di balik bayangan 'ku 'kan dukung segala perjuangan.

Jadi jangan pernah jatuh patahkanlah halangan.
Teruslah maju untukmu dan untukku 'ku berharap.
Trus 'ku bangga jika kelak kilaumu tebar kemerlap.

Siap tidak siap hal ini kelak pun harus terjadi.

Jadi 'ku mohon maaf jika pernah salah berbudi.
Dan semua hal yang ada 'ku kusimpan dan takan 'ku lupa.
Ku pergi melangkah dalam hati berkata sampai jumpa.

Selamat Jalan Kawan..

Sampai ketemu lagi..

Saturday, June 5, 2010

++Dipenghujung Perjalanan....++


Tanggal 7/6/2010 nie
tiba laa hari aku berangkat  meninggalkan kolej yg byk tersimpan memori bersama sahabat2 ku..
Aku rasa dah tiba masanya untuk aku merehatkan diri...
terlalu penat rasanya berjalan jauh...
melalui jalan yg berliku2 menambahkan lg kepenatan....
dah tiba masanya utk aku berehat di perhentian..


perjalananku masih jauh,
namun aku tak tahu samaada perjalanan ini akan berakhir atau kecundang di tengah jalan..
semuanya ketentuan Allah..
jika panjang usiaku, maka perjalanan pun akan kuteruskan
walaupun dengan hanya merangkak..
namun andainya Allah tidak mengizinkan aku hidup lama,
maka berakhirlah di sini pengembaraanku...


maafkan aku wahai sahabat2 ku sayang,
bukan niatku utk melukakan hati atau memulaukan kalian,
aku hanya perlukan masa utk bersendirian...
tapi aku tak pasti sampai bila...
namun ketahuilah,
aku sgt sygkan sahabat2ku...
aku sesekali tidak akan pernah membuang sahabat2ku...


kali ini,
biarlah aku berseorangan..
suka duka hidupku biarlah kutanggung seorang diri..
tak perlu lagi sesiapa ambil tahu kisah hidupku..
bukan aku tak hargai nilai sahabat,
tapi aku sangat takut akan kehilangan...
daripada kehilangan,
aku lebih rela tidak punya apa2..




tapi sebelum tu..,
aku memohon kemaafan kpd semua sahabat2ku,
dan juga sesiapa shj yg mengenaliku...
maaf di atas segala kesilapan dan kekhilafanku..
aku juga maafkan salah silap kalian trhadapku..


aku tak tahu samaada aku akan kembali melayari alam maya ini..
mungkin ini kali terakhir aku berada di alam blogger ini..
bagiku sudah tiada apa lagi utk kucoretkan..
tapi mungkin juga aku akan kembali..
cuma aku tak pasti bila saat itu akan tiba..


Kepada Allah tuhanku,
ku panjat kesyukuran di atas segala nikmat yg Kau berikan..
ku panjatkan juga kesyukuran di atas dugaan yg Kau berikan,
dgn ujian dariMu bisa mendekatkan aku kepadaMu...


Ya Allah,
seandainya mati itu lebih baik bagiku,
maka Kau matikanlah aku dalam iman...
namun seandainya Kau masih lg mahu memberi peluang utkku teruskan hidup,
Kau tiupkanlah semangat dan kekuatan dlm diriku..
agar aku bisa bangkit kembali..
bersama sisa2 harapan...
aku pasrah segalanya Ya Allah...









++Mengapa perlu tangisi kenangan lepas…++



Kenangan…
Kau datang tanpa diundang
Berputar-putar semula dikotak minda
Antara manis dan pahit
Masing-masing cuba untuk mengambil tempat tersendiri
Untuk diputar semula
Kenangan…
Manis itu hanyalah sekadar mimpi disiang hari
Bila tersedar lenyaplah ia
Walaupun seketika waktu terbatas
Namun ia sungguh menyenangkan
Kenangan…
Pahit itu yang sering datang
Penuh pergolakkan dan derita
Kesudahannya sangat menyiksakan hati dan minda
Dengan linangan air mata yang sering menemani
Tetapi kenangan itulah
Yang akan mematangkan dan mendewasakan
Tidak perlu menangisi kenangan itu
Ambillah iktibar dengan berfikir
Ada sesuatu Pemberian untuk kita
Yang belum diketahui untuk apa tujuanNYA
Rabb tidak pernah merampas sesuatu berharga dan bernilai
Dari hambaNYA
Malah memberi yang lebih baik dari yang asal
Usahlah menangis…
Sesuatu yang buruk itu
Tidak semestinya buruk dimata Allah
Tetapi boleh jadi yang terbaik disisiNYA
Kehilangan, derita, mahupun kekecewaan
Belum tentu buruk pada hidup kita
Tetapi ia adalah ‘antibiotik’ untuk diri kita
Menjadi lebih kuat dan tabah
Pergilah derita…
Pergilah kesakitan…
Pergilah kekecewaan…
Terbanglah dikau bebas bersama masa dan waktu yang lepas

“Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan” (Riwayat Imam Ahmad)

Thursday, June 3, 2010

++renungan JUMAAT++


Mata siapa yang tidak pernah menangis...baca lah dgn khusuk

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah, "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah"

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini". Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi."

"Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi. Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama."

"Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu. Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka".

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!
Wassallam