BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 10, 2010

++Al-quran Bukan Hiasan++


"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih"
balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.
Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya.
Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad




Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama.
Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Sunday, February 7, 2010

++masalah...masalah.. masalah..++

Pada suatu hari seekor keldai milik seorang petani terperosok ke dalam perigi buta. keldai ini menangis berjam-jam, sementara petani pula memikirkan apa yang harus diperbuatnya.

Akhirnya petani mengambil keputusan untuk menimbus perigi buta tersebut bersama keldainya. pertimbangan ini diambil kerana pertama : kalau perigi buta itu tidak ditutup, nanti akan membahayakan orang lain pula. pertimbangan kedua: keldai tersebut sudah terlalu tua sehingga tidak terlalu berguna untuk ditolongi lagi.

Si petani kemudian mengajak tetangga membantu menutup perigi buta tersebut.

Dengan penyodok dan cangkul maka mereka mulailah menimbunkan tanah dan batu kerikil ke dalam perigi. pada awalnya si keldai berteriak-teriak sambil menangis pilu. merasakan hiba bila punggungnya tertimpa gumpalan tanah dan batu kerikil, lantas memikirkan petani ingin menanamnya hidup-hidup. tetapi setelah beberapa saat sang keldai kelihatan begitu tenang.

Petani dan para tetangga jadi hairan dengan perubahan sikap keldai. sambil tetap menimbunkan tanah, mereka memperhatikan apa yang dilakukan oleh keldai itu.

Pada saat tanah dan kerikil menimpa punggungnya, si keldai menggerak-gerakkan badannya agar tanah lepas dari badannya, kemudian menaiki tanah tersebut. demikian seterusnya sehingga sampailah si keldai dekat permukaan tanah lalu kemudian melompat dan terus melarikan diri.

Keldai tersebut akhirnya lepas dari bahaya kematian, dan putus asa.

Betapa dalam hidup kita juga, kita sering menerima timbunan masalah yang datang kepada kita. jangan biarkan masalah-masalah ini menimbuni kita hidup-hidup dan secara perlahan-lahan membunuh kita.

++Biarkan Aku Jadi Mataharimu ..++

Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya...