BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 8, 2009

++Rumput++


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: Cikgu, macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang paling kita sayang? macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: OK! kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang mahupun sekali.dan petik rumput yang PALING CANTIK dan bawa balik ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih??

Pelajar: tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang. tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada di antara yang belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap takboleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya..itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah terjumpa dengan seseorang yang telah kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. kita patut menghargai orang yang didepan kita sebaik-baiknye. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap da berlaku.semoga yang berlalu tidak berulang dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan yang baik.

No comments:

Post a Comment